PENGAJARAN NON DIREKTIF

Posted: October 3, 2010 in Uncategorized

Model Pengajaran Non-Direktif didasarkan kepada penelitian dari Carl Roger dan para penyokong lain dari kaunseling bukan-direktif. Rogers memperluaskan pandangan terapinya sebagai suatu model pembelajaran bagi pendidikan. Beliau percaya bahawa hubungan manusia yang positif akan memberikan kesempatan luas bagi sumber manusia untuk berkembang, dan oleh kerananya, instruksinya harus lebih didasarkan kepada konsep hubungan sumber manusia berbanding kepada konsep masalah subjek, proses berfikir, ataupun sumber-sumber intelektual lain. Hebatnya guru dalam pengajaran bukan-direktif adalah pada peranan guru tersebut sebagai fasilitator bagi pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Didalam peranan ini, guru akan membantu pelajar untuk mencari idea-idea baru tentang kehidupannya, baik yang berkaitan dengan sekolah mahupun dalam kehidupannya sehari-harian. Model ini beranggapan bahawa pelajar perlu bertanggungjawab atas proses belajarnya dan kejayaannya sangat bergantung kepada keinginan pelajar dan pengajar untuk berkongsi idea secara terbuka dan berkomunikasi secara jujur dan terbuka dengan orang lain.

Orientasi Terhadap Model Ini

Model pengajaran bukan-direktif menumpukan kepada fasilitator belajar. Tujuan utamanya adalah untuk membantu pelajar dalam mencapai integrasi dan keberkesanan tertinggiya serta melakukan penilaian kendiri yang realistik.
Model ini menggambarkan konsep yang dikembangkan oleh Carl Roger untuk kaunseling bukan-direktif, di mana keupayaan pelanggan untuk melayan kehidupannya secara konstruktif sangat ditekankan. Dengan demikian, didalam pengajaran bukan-direktif guru sangat menumpukan kemampuan pelajar untuk mengenalpasti masalahnya dan merumuskan penyelesaiannya.
Pengajaran bukan-direktif cenderung bersifat menumpukan kepada pelajar di mana fasilitator berusaha untuk melihat dunia sebagaimana pelajar melihatnya. Hal ini akan menciptakan suasana komunikasi yang empathetic dimana pengendalian diri pelajar boleh dipupuk dan dikembangkan.
Guru juga berperanan sebagai benevolent after ego, (kebajikan selepas ego) di mana ia menerima semua perasaan dan pemikiran, bahkan dari pelajar yang mempunyai pendapat keliru. Disini guru secara tidak langsung berkomunikasi dengan pelajar bahawa semua pendapat dan perasaan boleh diterima.

Teknik utama untuk mengembangkan hubungan yang fasilitatif adalah dengan wawancara bukan-direktif, iaitu suatu rangkaian pertemuan face-to-face antara guru dengan pelajar. Selama wawancara, guru meletakkan dirinya sebagai kolaborator didalam proses eksplorasi diri pelajar dan penyelesaian masalah. Wawancara sendiri direka untuk menumpukan kepada keunikan individu dan kepentingan kehidupan emosional pada semua aktiviti manusia. Walaupun teknik wawancara dipinjam dari kaunseling, namun teknik ini tidak sama dalam ruangan kelas kerana berada pada setting klinik (penyembuhan).

Menurut Roger, suasana wawancara terbaik mempunyai empat peringkat, antara lain:
 Guru menunjukkan kehangatan dan perhatian.
 Hubungan kaunseling dicirikan oleh rasa permisif yang ditunjukkan oleh ekspresi
 Pelajar tidak mengekspresikan pendapatnya, namun dalam batasan bahawa ia tidak bebas untuk mengendalikan guru atau melakukan gerak hatinya dengan tindakan-tindakan yang tidak dibenarkan
Hubungan kaunseling bersifat bebas dari suatu jenis tekanan. Di dalam wawancara bukan-direktif, guru menginginkan pelajarnya agar melalui empat tahap pertumbuhan personal:
 Pelepasan perasaan
 Pemahaman yang diikuti oleh
 Tindakan, dan
 Integrasi

Yang mana keempat-empatnya diharapkan akan dapat menumbuhkan orientasi ataupun aliran baru.

Guru bergantung kepada tiga konsep untuk mengukur arah dan perkembangan proses kaunseling yang berlaku didalam wawancara bukan-direktif, iaitu:
 pelepasan perasaan (atau catharsis)
 pemahaman
 integrasi
Konsep-konsep ini dihubungkan disini dimana semuanya menekankan unsur-unsur perasaan dan elemen-elemen emosional dalam suatu situasi. setiap konsep memiliki fungsi masing-masing, tetapi secara bersama konsep ini sangat penting untuk menyokong kejayaan. Penggunaan konsep-konsep ini sangat penting di dalam kaunseling untuk masalah kelas dan penyelesaian masalah individu.
Pelepasan perasaan (catharsis) merangkumi kemusnahan batas-batas emosional yang seringkali mengganggu kemampuan seseorang dalam memecahkan suatu dilema. Dengan menghilangkan emosi diseputar sesuatu masalah, maka seseorang akan dapat membuat perspektif dan wawasan baru terhadap masalah itu.
Menurut Roger, merespon “basis intelektual” dalam masalah pelajar akan menghalang ekspresi perasaan, yang berada pada akar masalah. Tanpa melepaskan dan mencari perasaan-perasaan ini, pelajar akan menolak cadangan dan tidak mampu membuat perubahan perilaku.

Pendekatan non-direktif sangat membantu menggaris bahawa cara-cara yang paling efektif dalam mengungkap emosi yang mendasari suatu masalah adalah dengan mengikuti pola perasaan pelajar ketika mereka dibebaskan untuk berekspresi. Bukannya diminta untuk memberikan soalan langsung, guru akan cenderung memilih untuk membiarkan pelajar untuk mengikuti aliran pemikiran dan perasaan. Jika pelajar mengekspresikan dirinya secara bebas, maka masalah dan emosi yang mendasarinya akan muncul. Proses ini disokong dengan refleksi perasaan pelajar, yang oleh kerananya akan membawa mereka ke dalam kesedaran dan tumpuan yang lebih tajam.

Hal ini merupakan kesulitan terbesar bagi kita kerana kita lebih terbiasa dengan isi apa yang dikatakan seseorang berbanding sikap emosional mereka. Tidak seperti jenis hubungan guru-pelajar lain, kaunseling bukan-direktif biasanya melihat tiga sumber masalah pelajar, iaitu:
 Perasaan saat ini
 Perasaan yang menyimpang
 Alternatif yang tidak tereksplorasi yang disebabkan oleh reaksi emosi kepada mereka
Respon semidirektif terhadap perasaan boleh dianggap sebagai respon direktif, tetapi digunakan pada peringkat tertentu oleh kaunselor. Ada dua jenis respon semi direktif ini: Interpretasi dan perjanjian. Keduanya digunakan kerana merujuk kepada gaya bukan-direktif, tetapi jarang bermanfaat dalam mengubah wawancara.
Interpretasi oleh guru juga boleh mempromosikan pembahasan lebih lanjut oleh pelajar yang tidak dapat memberikan penjelasan tentang kelakuan. Respon yang bersifat interpretative adalah usaha-usaha untuk memberi nasihat kepada pelajar yang tidak boleh meneruskan perbincangan. Namun tafsiran hanya diberikan kepada perasaan-perasaan yang secara pasti boleh diterima oleh pelajar.Keputusan untuk menggunakan tafsiran perlu dilakukan secara berhati-hati oleh guru dan digunakan hanya pada situasi di mana guru yakin bahawa tafsiran akan jauh lebih baik daripada dialog.

Kaunseling direktif mengimplikasikan suatu hubungan di mana guru berusaha untuk mengubah idea pelajar dan mempengaruhi sikap mereka. Guru melakukan hal ini dengan memberikan sokongan, mengekspresikan percanggahan dan kritik, memberikan maklumat dan penjelasan, mencadangkan sosialis, atau berusaha untuk meyakinkan pelajar. Kaunseling direktif harus dilakukan dengan sangat berhati-hati.
Pengajaran non-direktif menganggap bahawa setiap pelajar, situasi, dan setiap guru merupakan sesuatu yang unik, yang terjadi dalam sebuah situasi interview non-direktif yang tidak dapat diantisipasi.

Aplikasi

Pengajaran non-direktif mungkin digunakan untuk beberapa jenis situasi permasalahan: personal, sosial, dan akademik. Di dalam kes sebuah masalah personal, individu meneroka perasaannya tentang dirinya sendiri. Di dalam masalah sosial, dia meneroka perasaannya tentang hubungannya dengan yang lain, dan menyiasat bagaimana perasaannya tentang dirinya sendiri mungkin mempengaruhi hubungan – hubungan ini. Di dalam masalah akademik, dia meneroka perasaannya tentang kompetensi dan ketertarikannya. Bagaimanapun, pada masing – masing kes, isi interview selalu personal lebih baik berbanding dengan luaran; hal ini berpusat pada perasaan yang dimiliki individu itu sendiri, pengalaman, wawasan, dan penyelesaian.
Untuk menggunakan Model Pengajaran non-direktif secara berkesan, seorang guru harus mempunyai keinginan untuk menerima bahawa seorang pelajar dapat memahami akan dia dan kehidupannya sendiri.
Guru tidak berusaha untuk menghakimi, menasihati, menenangkan, atau membesarkan hati pelajar.Guru tidak berusaha untuk mendiagnosis permasalahan. Pada model ini, guru menentukan fikiran dan perasaan personal sementara dan merefleksikan fikiran dan perasaan yang dimiliki pelajar.Dengan melakukan ini, guru menyampaikan pemahaman yang mendalam dan menerima perasaan yang dimiliki pelajar.

Roger menyimpulkan bahawa sesetengah keadaan benar – benar sukar untuk merasakan perspektif yang dimiliki pelajar, khususnya jika pelajar bingung. Strategi hanya bekerja jika guru memasukkan dunia pemahaman pelajar dan meninggalkan di belakang rujukan tradisional. Mengembangkan sebuah kerangka rujukan dalaman tidaklah mudah pada awalnya, akan tetapi hal ini perlu jika guru memahami pelajar, tidak pelajarnya saja. .

Salah satu pentingnya kegunaan pengajaran non-direktif terjadi ketika sebuah kelas menjadi membosankan dan guru termasuk dirinya sendiri yang mendorong pelajar melalui latihan – latihan dan pokok permasalahan.

Perkaitan Metakognitif, Pemikiran Reflektif dengan KBKK.

Metakognitif merupakan sesuatu jenis pemikiran yang berfungsi merancang, mengawal, menyemak dan menilai segala, proses pemikiran kognitif yang merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah.
Menurut Birchell (1992), pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan aiternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

Komponen-Komponen dan Proses Pemikiran

Pemikiran Secara Kreatif

Posted: October 3, 2010 in Uncategorized

Pemikiran kreatif ialah penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, mem

odifikasikan atau mereka cipta sesuatu yang baharu.
Kemahiran berfikir secara kreatif merangkumi dua komponen yang utama, iaitu:

Pembelajaran secara kreatif membolehkan murid untuk mengembang, memodifikasi, mengubahsuai atau mencipta sesuatu yang baharu melalui proses pemikiran secara kreatif.

Pemikiran Secara Kritis
1. Pemikiran Kritis ialah penggunaan cara berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu perkara atau masalah secara rasional dan logikal.
2. Pemikiran Kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapinya
3. Kemahiran berfikir secara kritis merangkumi dua komponen utama, iaitu:

Pembelajaran secara kritis membolehkan murid menganalisis dan menilai secara rasional dan logikal terhadap sesuatu idea, isu, maklumat dan inferens.

Strategi asas yang sering kali digunakan ialah strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal. Disamping itu, kaedah dan teknik seperti kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran juga perlu dipertimbangkan. Kaedah dan teknik ini sesuai digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jadual dibawah menunjukkan ringkasan perkaitan KBKK dengan pendekatan, strategi dan teknik, dan alat berfikir.

BIODATA TOKOH MODEL PERSONAL

Posted: October 3, 2010 in Uncategorized

Nama sebenar beliau ialah Carl Ransom Rogers. Beliau dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago. Bapanya bernama Walter A. Rogers iaitu seorang jurutera sivil dan ibunya, Julia M. Cushing seorang suri rumah yang warak dalam agama kristian. Beliau merupakan anak yang ke empat daripada enam orang adik-beradik.
cukup cerdas dan boleh membaca dengan baik sebelum masuk ke sekolah. Setelah mendapat pendidikan di sebuah rumah pendeta agama, Jimpley dan etika persekitaran sebagai Putra Altar,beliau menjadi orang agak terpencil dan disiplin, dan memperoleh pengetahuan dan penghargaan terhadap kaedah saintifik dalam dunia praktikal. Pilihan kerjaya pertamanya adalah pertanian, di University of Wisconsin-Madison, diikuti pula oleh sejarah dan kemudiannya agama. Pada usia 20, beliau meneruskan perjalanannya ke Peking, China, untuk menghadiri persidangan Kristian antarabangsa. Beliau mulai meragui keyakinan agamanya. Untuk membantu memperjelas pilihan kerjayanya, beliau menghadiri seminar yang bertajuk “ Kenapa saya masuk Kementerian?,” Setelah itu ia memutuskan untuk menukar kerjayanya.
Setelah dua tahun beliau meninggalkan seminar, beliau menghadiri ke Teachers College, Columbia University,bagi mendapat ijazah MA pada tahun 1928 dan seterusnya PhD pada 1931. Ketika menyiapkan tesis doktornya, beliau juga terlibat dalam kajian kanak-kanak. Pada tahun 1930, Rogers berkhidmat sebagai pengarah Masyarakat untuk program Pencegahan Kekejaman terhadap Anak-anak di Rochester, New York. Pada tahun 1935 hingga 1940, beliau mengajar di University of Rochester dan menulis buku bertajuk The Perubatan Klinik Anak Soal (1939) iaitu buku yang berdasarkan pengalamannya dalam pekerjaan dengan anak-anak bermasalah. Pada tahun 1940, Rogers menjadi profesor psikologi klinikal di Ohio State University, di mana beliau menulis buku keduanya, Kaunseling dan Psikoterapi (1942).

Ketika menjadi profesor psikologi di University of Chicago (1945-1957), Rogers membantu untuk mendirikan sebuah pusat kaunseling dan di sana dilakukan penelitian bagi menentukan keberkesanan kaedahnya. Penemuannya dan teori muncul di Client-Centered Therapy (1951) dan Psikoterapi dan Kepribadian Laman (1954). Salah satu mahasiswa pasca sarjana di University of Chicago, Thomas Gordon, mendirikan Induk efektifitas Latihan (PET) gerakan. Pada tahun 1956, Rogers menjadi Presiden pertama American Academy of psikoterapis. Beliau mengajar psikologi di University of Wisconsin, Madison (1957-1963), dan selama waktu itu beliau menulis salah satu bukunya yang paling terkenal, Pada Menjadi person(1961).
Selama hidupnya, beliau banyak melakukan terapi, memberikan pidato dan menulis sehingga meninggal dunia pada tahun 1987. Pada tahun 1987, Rogers mengalami penurunan yang mengakibatkan patah tulang pinggul.

Model Pengajaran Personal

Posted: August 1, 2010 in Uncategorized

Model Personal (personal models)

Model pembelajaran ini berpunca dari pandangan dalam teori pembelajaran Humanistik. Model ini berorientasi pada individu dan pengem­bangan diri (self). Fokusnya adalah kepada pembentukan peribadi individu. Perhatian utama ter­tuju pada kehidupan emosional perseorangan, yang diharapkan mem­bantu individu untuk mengembangkan hubungan yang produktif dengan lingkungannya, dan menjadikannya sebagai peribadi yang mampu membentuk hubungan-hubungan dengan peribadi lain dalam konteks yang lebih luas serta mampu memproses informasi secara efektif. Sasaran utama model pembelajaran ini adalah pengembangan peribadi atau kemampuan pribadi.

Model pembelajaran personal terdiri dan 4 jenis strategi pem­belajaran, ialah:

1).     Pengajaran tanpa arahan; Bertujuan untuk membentuk kemampuan

dan    perkembangan peribadi   iaitu kesedaran diri self awareness),

pemahaman     (understanding), otonomi, dan konsep kendiri (self con­cept).

2)     Latihan kesedaran; Bertujuan untuk meningkatkan kemampuan self exploration

and self awareness. Titik pada   perkembangan interpersonal awareness and

understanding and body and sensory awareness.

3)     Sinektik; Bertujuan untuk mengembangkan kreativiti peribadi dan pemecahan

masalah secara kreatif.

4)    Sistem konseptual; Bertujuan untuk meningkatkan kompleksita dasar peribadi

yang luwes.

Secara umum, model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Perihalan sedemikian seelok-eloknya direkabentuk agar bersesuaian dengan pelbagai seting pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi. Juga diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan matapelajaran yang berkenaan. Dengan kata lain, model-model pengajran sebenarnya adalah model-model pembelajaran.

Secara umumnya model-model pengajaran boleh dikategorikan kepada empat kumpulan model iaitu : –

a.             Model Pemprosesan Maklumat :

Contoh, perolehan konsep Bruner, Goodnow dan    Austin.

b.             Model Behavioris : Contoh, pengajaran langsung Glaser dan sebagainya.

c.             Model Sosial : Contoh, Siasatan kumpulan Dewey, Sharon et. Al.

d.             Model Personal : Contoh pengajaran bukan mengarah Rogers.

Pengkategorian kepada empat kumpulan diatas dasar bahawa model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar.

Dan pada kali ini, tugasan ini hanya akan berfokuskan kepada model pengajaran yang keempat iaitu Model Personal yakni bermula daripada sejarah bermulanya model pengajaran ini sehinggalah kepada implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara 1940:

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).

Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

Salam 1 Malaysia

Posted: July 31, 2010 in Uncategorized

Kebelakangan ini, ramai di antara mereka yang berjaya telah menggunakan kemudahan internet dengan semaksima mungkin. Kemudahan ini hasil daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang beredar dengan pesat umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Walaupun tujuan pembinaan blog berlainan  bagi setiap orang, namun tetap pada 1 konsep iaitu ‘memberitahu’. Memberitahu apa sahaja yang berlaku; apa yang dibuat; apa dilihat dan bermacam lagi atas konteks memberitahu.